Disclosure of Information
In accordance to AMBD Fraud Risk Management Guidelines with reference TIU/G-4/2018/9 dated 24th December 2018, we wish to remind our customers the following:
- To disclose all the facts in the proposal forms fully and faithfully, otherwise the Takaful Certificates issued hereunder may be void.
- If any claim made under the Takaful Certificate is in anyway fraudulent or if any false declaration is made to support a claim, the Takaful Certificate shall be forfeited and Takaful Brunei shall be under no obligation to make any payment of claims.
- Takaful Brunei shall report any suspected or confirmed fraudulent cases to AMBD.
Garis Pandu bagi Tuntutan (Claim Guideline)
Sekiranya berlaku kerugian atau kerosakan, peserta hendaklah memaklumkan Jabatan Tuntutan dengan segera selepas kejadian tersebut.
Sila hubungi 245 1803 untuk mendapatkan borang tuntutan atau bagi pertanyaan lanjut.
Jabatan tuntutan dibahagikan kepada dua unit:
(i) Tuntutan kenderaan bermotor & bukan kenderaan bermotor; dan
(ii) Kerosakan harta benda pihak ketiga & tuntutan kecederaan tubuh badan & takaful semula
TBA Jabatan Tuntutan (TBA Claims Department)
Tuntutan
Tuntutan bagi Kenderaan Bermotor
Jika awda terlibat di dalam kemalangan jalan raya, sila ikuti langkah-langkah berikut bagi kami mempercepatkan tuntutan awda:
Langkah 1
Hubungi perkhidmatan penarikan kami di 244 4442 dan maklumkan ke Jabatan Tuntutan TBA dengan menghubungi 245 1803 (dalam jangka masa 24 jam atau hari bekerja seterusnya).
Langkah 2
Sila bertukar keterangan dengan individu yang terlibat, seperti:
• Nama
• Kad Pengenalan
• Nombor Lesen Memandu
• Nombor Telefon
• Alamat
• Keterangan Takaful/Insurans
Langkah 3
Sila ambil gambar mengenai:
• Tempat kejadian kemalangan menampakkan kenderaan-kenderaan yang terlibat kemalangan dan kawasan sekitarnya
• Kerosakan yang ada pada kenderaan awda sendiri dan menampakkan nombor plat lesen kereta
• Kerosakan yang ada pada semua kenderaan yang terlibatdalam kemalangan dan menampakkan nombor plat lesen.
Langkah 4
Report and bring your vehicle to our TBA Accident Reporting Centre 718 4000.
*Nota: Sila maklumkan Jabatan Tuntutan jika melibatkan harta benda pihak ketiga dan kecederaan anggota badan
Sila hantar dokumen berikut:
• Borang tuntutan yang lengkap
• Laporan pasukan bomba (untuk kebakaran sahaja)
• Salinan Kad Pengenalan dan lesen memandu peserta
• Salinan Kad Pengenalan dan lesen memandu pemandu
• Salinan kad pendaftaran kenderaan
• Kunci untuk kenderaan (untuk kecurian, Kerugian Keseluruhan, Kerugian Keseluruhan Konstruktif, Kebakaran)
Tuntutan bagi Non-Motor (Non-Motor Claim)
Sekiranya berlaku kerugian atau kerosakan, ikuti langkah-langkah berikut untuk membolehkan kami mempercepat tuntutan:
Langkah 1 Buat laporan polis ke balai polis terdekat sejurus selepas kemalangan (dalam 24 Jam).
Langkah 2 Maklumkan kepada Jabatan Tuntutan dengan menghubungi 245 1803 dan lengkapkan borang tuntutan (dalam masa 14 hari).
Langkah 3 Pastikan semua dokumen sokongan yang diperlukan dihantar.
*Nota: Maklumkan kepada Jabatan Tuntutan dan lengkapkan borang tuntutan (dalam masa 14 hari).
Sila hantar dokumen berikut:
1. Kebakaran / Rumah Tangga / Pemilik Rumah
• Borang tuntutan yang lengkap
• Laporan polis
• Laporan bomba (untuk Kebakaran)
• Sebutharga dari kontraktor
• Gambar kerosakan
• Senarai barang yang dicuri (untuk Pencurian)
• Kos pembaikan / penggantian (jika pembaikan perlu dilakukan dengan segera)
• Gambar kerosakan (jika ada)
2. Kemalangan Diri
• Borang tuntutan yang lengkap
• Laporan polis (sekiranya terlibat dalam Kemalangan Jalan Raya)
• Salinan Kad Pengenalan
• Sijil cuti perubatan (untuk pampasan faedah mingguan)
• Laporan kesihatan
• Bil perubatan asal
• Sijil kematian (untuk Kematian)
• Laporan bedah siasat (jika ada)
3. Pampasan Pekerja (WC)
• Borang tuntutan yang lengkap
• Laporan polis (jika berkenaan)
• Laporan kesihatan
• Bil perubatan (untuk pembayaran balik perubatan)
• Penilaian Jabatan Buruh
• Laporan bedah siasat (untuk Kematian)
• Sijil kematian (untuk Kematian & Pemulangan)
• Gambar kecederaan
4. Liabiliti Awam
• Borang tuntutan yang lengkap
• Laporan polis
• Surat tuntutan dari Pihak Ketiga berserta bukti kerugian
• Semua tulisan, saman, persetujuan undang-undang dari Pihak Ketiga (jika ada)
• Laporan perubatan / laporan bedah siasat (Kecederaan Mayat Pihak Ketiga / Maut)
• Gambar-gambar kerosakan dan tempat kejadian