Kelas Kebakaran


Skim Takaful Kebakaran menawarkan perlindungan kepada harta benda peserta; daripada rumah kediaman persendirian kepada gudang komersial. Untuk perniagaan komersial baru yang memohon sebarang produk kebakaran, penilaian risiko atau pemeriksaan mestilah dilakukan oleh Takaful Brunei Am Sdn Bhd (TBA) untuk menentukan kadar dan syarat yang akan dikenakan untuk risiko. Dan lagi, rumah-rumah kediaman persendirian tidak akan diperiksa melainkan jumlah perlindungan adalah melebihi B$ 500,000 atau ia melibatkan struktur separa kayu dan kayu sepenuhnya.

Harta Untuk Dilindungi

Bangunan (tidak termasuk tapak binaan)
Loji dan Jentera
Peralatan Pejabat
Stok
Kehilangan Sewa
Kehilangan Untung
Projek

Perlindungan Lanjutan

Perlindungan boleh dilanjutkan bagi semua Skim Takaful Kebakaran kepada seperti berikut: penyingkiran sisa-sisa runtuhan, yuran professional atau peril lain yang dinamakan dan akan diberikan tertakluk kepada pengunderaitan dan pengesahan daripada pihak TBA.

Produk


Menu