Tanggungjawab Sosial Korporat


Tanggungjawab Sosial Korporat (TSK) adalah sangat penting bagi Takaful Brunei dan anak-anak syarikatnya kerana perkhidmatan kami mengutamakan kepentingan pelanggan. Kebimbingan, Keselamatan dan Keamanan pelanggan kami adalah sangat penting bagi kami. Ini bukan sahaja matlamat kepada syarikat kami bahkan juga kepada kesemua kakitangan, komitmen peribadi dan tanggungjawab untuk menjaga penduduk Negara Brunei Darussalam.

Keterlibatan orang ramai bagi kesejahteraan penduduk Negara Brunei Darussalam adalah tanggungjawab bersama. Takaful Brunei menyediakan platform di mana orang awam boleh sama-sama menyertai aktiviti amal dan sukarelawan.

Takaful Brunei dan anak-anak syarikatnya percaya bahawa menyumbang semula kepada masyarakat boleh mewujudkan budaya yang pemurah dan sifat baik hati. Kami percaya bahawa pekerjaan kami seharusnya menjadi bermakna jika kami dapat memberi impak kepada komuniti.

Takaful Brunei dan anak-anak syarikatnya memberi fokus kepada dua aktiviti TSK kami iaitu Jalur Kasih dan Derma Darah.

Menu