Takaful Pembiayaan & Gadaijanji
Takaful Pembiayaan & Gadaijanji menyediakan perlindungan bagipembiayaan yang diperolehi daripada pihak bank, institusi kewangan, majikan atau perbadanan untuk membeli aset tetap atau pembiayaan peribadi.
Tujuan
• Memberi jaminan kepada peserta bahawa sekiranya berlaku kematian dalam jangka masa pembiayaan, baki pembiayaan yang terkumpul akan diselesaikan sepenuhnya oleh Takaful Brunei Keluarga Sdn Bhd tertakluk kepada terma dan syarat yang tertera di dalam sijil takaful.
• Penjamin tidak akan dibebani dengan hutang sekiranya berlaku kematian kepada peserta semasa tempoh pembiayaan.
• Memberi jaminan kepada pihak pembiaya bahawa pelangsaian penuh pembiayaan akan dibayar sekiranya terjadi kematian kepada peserta dalam tempoh pembiayaan.
Skop Perlindungan
• Kematian
• Kehilangan upaya Seluruh Tubuh Badan
Kelayakan
Individu yang berumur di antara 18 hingga 55 tahun atau Pelan hendaklah matang sebelum peserta mencapai umur 65 tahun.
Tempoh Takaful
Mengikut tempoh pembiayaan termasuk tempoh pembinaan dan tempoh menunggu.
Produk
Gadaijanji
Takaful Gadaijanji menyediakan perlindungan terhadap pembiayaan awda yang diperoleh daripada pihak bank, institusi kewangan, majikan atau perbadanan untuk membeli suatu aset tetap atau pembiayaan peribadi.
Pembiayaan
Takaful Pembiayaan menyediakan perlindungan bagipembiayaan yang diperolehi daripada pihak bank, institusi kewangan, majikan atau perbadanan untuk membeli aset tetap atau pembiayaan peribadi.
Muat Turun
Sijil Takaful (Bahasa Inggeris)
At-Tamwil Financing Certificate Wording (English)
At-Tamwil Financing Certificate Wording (Malay)
Baiduri Financing Certificate Wording (English)
Baiduri Financing Certificate Wording (Malay)
BIBD Financing Certificate Wording (English)
Pembiayaan Tahunan
Adakah anda baru sahaja membeli kereta atau peralatan rumah dengan kemudahan sewa beli? Adakah anda tahu bahawa anda mungkin menghadapi risiko kewangan? Dan sekiranya anda tidak mempunyai Takaful untuk melindungi, kemudahan pembiayaan yang belum dijelaskan, anda secara tidak langsung akan membebankan kewangan kepada orang yang anda sayangi. Takaful Brunei Keluarga Sdn Bhd dapat membantu anda mengambil risiko dengan Pembiayaan Tahunan Takafulnya.
Pembiayaan Tahunan Takaful menyediakan perlindungan Takaful atas pembiayaan yang diperoleh dari bank, institusi kewangan, majikan atau syarikat sekiranya berlaku kematian atau hilang upaya kekal.