Kelas Kenderaan Bermotor
At present, Motor Takaful Scheme is the largest portfolio for the General Takaful Business of Takaful Brunei Am Sdn Bhd (TBA).There is two products offered under the Motor Takaful Scheme and the inventory is as follows:
I. Kenderaan Bermotor Peribadi yang terdiri daripada kereta dan motosikal individu; atau
II. Kenderaan Bermotor Komersil melindungi kenderaan-kenderaan yang digunakan secara komersil; dengan tujuan membuat keuntungan.
Skop Perlindungan
Perlindungan Komprehensif
Seksyen 1
• Pelanggaran akibat kemalangan atau kenderaan terbalik daripada kenderaan bermotor peserta sendiri
• Kebakaran, letupan luaran, kebakaran sendiri, kilat atau kecurian pecah masuk rumah kediaman atau kecurian kenderaan bermotor.
• Perbuatan Berniat Jahat
Seksyen 2
Mengganti rugi peserta jika peserta itu bertanggungjawab dari segi undang-undang untuk membayar berkenaan dengan:
• Kematian atau kecederaan tubuh badan terhadap mana-mana pihak ketiga
• Kerosakan terhadap harta benda pihak ketiga.
Perlindungan Pihak Ketiga
Perlindungan yang sama seperti Perlindungan Komprehensif Seksyen 2.
Memahami ‘Ekses’
‘Ekses’ adalah jumlah yang awda atau pemandu yang awda benarkan terpaksa menanggung sekiranya berlaku tuntutan. Pada masa ini, ianya terdapat lima jenis:
1) Ekses pemegang sijil (atau Pemandu Yang Dinamakan)
2) Ekses Pemandu Yang Dibenarkan
3) Ekses Had Wilayah
4) Ekses Kebakaran dan Kecurian
5) Ekses bagi Pemandu Muda dan Belum Berpengalaman
Contoh:
Kos pembaikan: BND$5,000.00
Ekses yang perlu dibayar oleh pemilik: BND$500.00
Pelanggan perlu membayar Ekses BND$500.00 ke bengkel dan selebihnya ditanggung oleh TBA.
Produk
Kenderaan Bermotor Komersil
Skim ini bukan sahaja kehendak mandatori di bawah Road Traffic Act, ianya juga menawarkan perlindungan yang menyeluruh kepada peserta.
Objektif
Perlindungan takaful ini membantu meringankan bebanan kewangan jika berlaku musibah akibat kemalangan jalanraya.
Skop Perlindungan
Bahaya Tambahan (pilihan)
• Ganti rugi kepada peserta atau pemandu yang dibenarkanterhadap apa-apa liabiliti yang boleh dikenakan kepadanya akibat mana-mana kecederaan / kematian pihak ketiga dengan menggunakan kenderaan itu.
• Ganti rugi untuk liabiliti berkenaan dengan kerosakan kepada harta benda yang dimiliki pihak ketiga akibat daripada penggunaan kenderaan yang dilindungi.
• Ganti rugi kepada peserta untuk kehilangan atau kerosakan kenderaan yang dilindungi atau alat gantinya berikutan kecurian atau pelanggaran yang tidak disengajakan.
Perlindungan Pihak Ketiga
• Ganti rugi kepada peserta atau pemandu yang dibenarkanterhadap apa-apa liabiliti yang boleh dikenakan kepadanya akibat mana-mana kecederaan / kematian pihak ketiga dengan menggunakan kenderaan itu.
• Ganti rugi untuk liabiliti berkenaan dengan kerosakan kepada harta benda yang dimiliki pihak ketiga akibat daripada penggunaan kenderaan yang dilindungi.
Had Kawasan
Negara Brunei Darussalam, Sabah, Sarawak and Labuan.
Perlindungan Tambahan
Perlindungan Tambahan hanya ditawarkan kepada perlindungan komprehensif sahaja seperti pengembalian Ekses, banjir, tanggungan penumpang, cermin hadapan kenderaan dan aksessori kenderaan yang diluluskan.
Bagaimana Membuat Tuntutan
Peserta hendaklah melaporkan kemalangan ke mana-mana Balai Polis yang berdekatan dalam tempoh 24 jam dan juga kepada Takaful Brunei Am Sdn Bhd dalam masa 7 hari waktu bekerja daripada tarikh berlakunya kemalangan.
Dokumen Yang Diperlukan
• Polis 252 (Asal)
• Sijil Takaful Asal
• Kad Pendaftaran Kenderaan (Blue Card)
• Lesen Memandu / Kad Pengenalan Peserta / Pemandu