Bon Prestasi


Seperti berikut, terdapat dua jenis skim Takaful bon prestasi yang ditawarkan di bawah Kelas Takaful Bon:
Counter Indemnity
Takaful Jaminan
Takaful Jaminan bagi Pekerja Asing

Perkara Yang Dilindungi

Counter Indemnity / Takaful Jaminan
Kontrak projek di antara peserta dan pihak prinsipal

Skop Perlindungan

Counter Indemnity / Takaful Jaminan
Membayar ganti rugi pihak bank atau pihak prinsipal bagi kontrak terhadap apa-apa tuntutan atau kerugian yang mungkin mereka alami sehingga ke jumlah yang telah dijamin sebagai akibat kegagalan peserta (kontraktor) untuk melaksanakan projek mengikut pelan, spesifikasi dan syarat kontrak.

Takaful Jaminan bagi Pekerja Asing
Takaful Jaminan bagi Pekerja Asing adalah bertujuan untuk menjamin pembayaran bagi kos perbelanjaan penghantaran balik pekerja asing ke negara asal mereka sekiranya pihak majikan gagal untuk menghantar balik pekerja-pekerja asing mereka ke negara asal seperti yang dikehendaki oleh Jabatan Buruh di bawah Peraturan 6 dari Peraturan-Peraturan Buruh (Lesen Pengambilan Pekerja Asing), Akta Buruh (Penggal 93) dan Bab 112, Perintah Pekerjaan, 2009.

Kos Perbelanjaan (tertakluk kepada kebenaran yang diberikan oleh Pesuruhjaya Buruh) meliputi seperti berikut:

Kos penghangtaran balik;
Perbelanjaan sara hidup*;
Penginapan*; dan
Perbelanjaan perubatan*.

Takaful Jaminan ini juga boleh digunakan bagi pembayaran gaji yang tertunggak yang tidak mampu diselesaikan oleh pihak majikan, jika sekiranya berlaku kes pertikaian ataupun jika dikehendaki oleh Pesuruhjaya Buruh.

Nota:
*Perbelanjaan ketika proses penghantaran balik pekerja ke negara asal mereka.

Produk


Menu